Bahagian Masakan Kek - TOFI PISANG

 

Cara 1.

Cara 2.

Cara 4.

Cara 5.

Cara 6.

Cara 7.

<< lihat bahan-bahan
<< lihat masakan kek lain

Cara membuatnya:

  1. Panaskan oven dan lapik tin pembakar bersama kertas minyak. Pukul putih telur hingga kembang kemudian masukkan kuning telur satu demi satu dan kacau lagi. Setelah itu masukkan tepung yang telah diayak dengan serbuk penaik dan gaul rata. Bakar dalam oven hingga kekuningan. Setelah masak, angkat dan sejukkan.
  2. Sementara itu sediakan sos tofi. Letakkan gula di dalam sebuah periuk bersama sedikit air.
  3. Biarkan mendidih dan keperangan. Setelah itu masukkan susu dan kacau hingga pekat. Angkat dan ketepikan hingga sejuk.
  4. Kemudian sediakan bahan untuk membuat krim. Pukul krim hingga putih dan kembang masukkan sedikit gula dan ½ cawan sos tadi. Pukul lagi hingga sebati. Selepas itu, belahkan kek kepada dua bahagian dan sapukan dengan sedikit krim.
  5. Tuangkan sedikit dari sos tofi tadi ke atas krim dan susun dengan hirisan pisang. Tuang sedikit lagi sos dan tutup dengan sebahagian lagi kek tersebut.
  6. Salutkan ke seluruh kek tersebut dengan krim dan sejukkan sebentar.
  7. Hiaskan mengikut gambar atau mengikut selera tersendiri.
No. Tel: 019-8973727 // No. Faks: 088-282308 // E-mel: tenggilingresipi@yahoo.com